Kerjaya Cik Manggis

Cik Manggis melalui Kumpulan De Fam telah tercalon dalam dua kategori Anugerah Industri Muzik Ke-22 (AIM22) menerusi Artis Baharu Terbaik dan Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu.[3]

De Fam (2015 – kini)

    Maklumat selanjutnya: Kumpulan De Fam

Bidang lakonan

Sebelum memulakan kerjaya bersama De Fam, Cik Manggis terlebih dahulu melakar nama sebagai seorang pelakon.[4]

Drama pertama lakonan Cik Manggis ialah drama terbitan Zeel Production bergandingan dengan Ika Nabella. Rata-rata drama yang dilakonkan oleh Cik Manggis merupakan terbitan Zeel Production sehinggakan ada peminat yang menganggap dia merupakan “anak emas” produksi berkenaan.[5]

Setelah beberapa kali melakonkan watak sampingan, Cik Manggis diberi kepercayaan oleh Yusry Abdul Halim untuk memegang watak utama dalam drama bersiri yang disiarkan di Astro Warna bertajuk Saka Sisters bergandingan dengan Sara Ali.

Tarian

Impian Cik Manggis untuk mempunyai kelas tarian sendiri tercapai apabila dia diberi kepercayaan oleh studio tarian 2Twenty2 untuk mengelola kelas koreografi yang dikhususkan untuk wanita pada setiap hari Sabtu.[6]

Rujukan

WikiPedia: Cik Manggis http://www.kosmo.com.my/hiburan/dahulu-jalak-kini-... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/de-fa... http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/de-fam-... http://web.archive.org/web/20180304115313/http://w... https://www.instagram.com/cikmanggis/ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/... https://www.hmetro.com.my/rap/2017/07/246950/de-fa...